CIRI-CIRI AROWANA

 "Apakah ciri-cirinya dan apakah ada kisah yang tidak dapat dilupakan?" 

            Sejak pertama kali ayah saya memelihara ikan ini sebagai ikan hias. Pada mulanya,saya merasakan bahawa ikan ini sangat melecehkan kerana sifatnya yang sensitif dan agresif.Setiap minggu ayah saya pasti akan menggantikan air di dalam akuarium untuk memastikan keadaan air sesuai dengan habitat ikan ini.
    Selain itu,ikan ini juga makan memilih.Sudah menjadi rutin pada setiap pagi,tengah hari dan malam,ayah saya akan memberinya makan unggas seperti cengkerik dan serangga roti segar hidup.Disebabkan hal ini,saya gemar mengusik ikan ini walaupun berkali-kali saya dimarahi oleh ayah.

       Namun lama-kelamaan saya mula merasakan kehadiran ikan ini telah mewarnai hidup saya.Disaat saya mengalami tekanan,saya pasti akan merenung dan memerhati gerak-geri ikan ini.Ianya seperti suatu ketenangan bagi saya.Ternyata benarlah pendapat tentang ikan ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

SI "IKAN NAGA"

No comments:

Post a Comment

HOME

              HAIWAN PELIHARAANKU         Assalamualaikum dan se lamat sejahtera kepada semua pembaca. Dalam blog ini,saya ingin berkongsi ...